TELAAH SENDIRI

Kalau tengok posting saya, ada yang pendek dan ada yang panjang.

Hakikatnya saya suka tulis panjang-panjang. Tapi orang sekarang baca seperenggan dua, tak boleh nak fokus baca sampai habis. Makanya kerap juga saya terpaksa tulis pendek-pendek.

Masa saya nak join QM, saya baca sendiri dan cari sendiri maklumat yang saya perlu. Dan saya sendiri pun sebab memang terlibat juga dengan UT dan SC regulation dari 2012 maka kalau ada ciri-ciri scam tu biasanya kita dah boleh hidu. Ciri macam ni saya tak jumpa pula di QM.

Nak ceritanya, study saya lebih kepada penulisan. Saya tak suka nak study tengok video macam di YouTube. Saya lebih faham bila baca walaupun nak kena baca 2-3 kali. Maka setiap orang, lainlah pendekatan dan cara, jadi buatlah ikut kesesuaian sendiri.

Yang penting, kalau orang kata QM ni scam, jangan terima bulat-bulat dulu. Belajar dan buat kajian, dan baru simpankan sendiri.

Jangan duk ulang kata "kalau tak silap, nak beli emas kena dapat emas fizikal tang-tang tu juga". Kalau masih begini, maka telaahlah lagi.

Saya cuma seorang kerdil cuba tukarkan cara belanja orang kita daripada hangus begitu sahaja kepada aset dahulu untuk matlamat simpanan dan pelaburan jangka masa panjang.

Comments

Popular Posts