CERITA DUIT SIMPAN


Cerita duit simpan

Dalam excel saya tu, ada dua sheets yang terisi - sheet 1 saya cerita beli emas sikit-sikit vs beli emas banyak-banyak dengan GCA.

Sheet 2, adalah cerita mengenai diversification. Colum grey bercerita mengenai pelaburan di dalam dana yang memberikan return 6% setahun vs column biru dengan utilise GCA.

Katakan Ali ada RM100,000 dan beliau invest di dalam dana AAA yang memberikan return 6% setahun. Selepas 10 tahun, simpanannya menjadi RM179,000 (compounded interest) dengan net return 79%.

Jadi simple return adalah 7.9% setahun.

Jadi untung AAA adalah RM79,000
.
.
Cerita colum biru. Ali guna dulu RM100,000 untuk beli emas, dan dengan harga RM160 (harga tahun 2012, fakta), beliau dapat beli 625g. Dengan menggunakan GCA, beliau dapat kembali RM85,000 dan 625g emas tadi akan berada dalam holding inventory. RM85,000 tadi barulah di laburkan ke dalam dana AAA. 

RM85,000 tadi kemudiannya bercambah menjadi RM152,222 (6% p.a, compounded). Simple return (RM152,222-RM85,000)/85,000 adalah 7.9% setahun.

Jadi untung AAA adalah RM67,222.

Bagaimana dengan emas dalam holding inventory?

Harga 2022 (10 tahun kemudian, fair comparison) adalah RM260.

Jadi nilai emas pada masa kini adalah berat emas darab harga semasa iaitu, RM162,500.

1. Tolak wang GCA RM85,000.
2. Tolak fee selama 10 tahun RM29,750
3. Tolak modal asal untuk memegang grammage emas ini RM15,000
4. Untung bersih emas adalah RM47,750.

Jumlah keuntungan cara column biru adalah RM67,222 (dana AAA) + RM47,750 (emas) = RM114,972.
.
.
Cara biasa beri keuntungan RM79,000.
Cara GCA beri keuntungan RM114,972.

Dua-dua pun untung. Pilihlah yang mana lebih untung.

Diversify. 
.
.
bit.ly/zunaidi

Comments

Popular Posts