BOLEH KE KAYA DENGAN SIMPAN EMAS?
BOLEH KE KAYA DENGAN SIMPAN EMAS?
1. Saya rasa tidak. Ia cuma tools untuk preserve value. Melainkan kita pandai tengok chart dan trade. Ini dah cerita lain.
2. 1 dinar emas boleh beli kambing di zaman nabi. Dinar emas yang sama kini masih boleh ditukarkan dengan seekor kambing. Baka kambing pelbagai, maka kita ambik sajalah kambing yang senilai dengan 1 dinar emas. Tidak perlu perbahasan lanjut.
3. Maka orang beli emas kerana tidak mahu duit simpanan dicuri inflasi, selain berfungsi sebagai dana kecemasan hasil dari wujudnya kedai pajak gadai patuh syariah seperti Arrahnu itu.
4. Tapi yang betul-betul boleh buat duit adalah peniaga emas. Kerana lumrah peniaga, ada untung yang diambil ke atas harga kos. Jika tak untung, lebih baik tak berniaga.
5. Maka sebahagian daripada struktur perniagaan itu adalah lantikan ejen. Maka ejen emas seperti di QM juga peroleh upah hasil jual beli emas.
6. Ejen QM peroleh upah 0.5% - 3%. Nilai upah menaik apabila pangkat menaik, kerana tanggungjawab menjaga team juga perlu diberi upah setimpal.
7. Ini adalah praktis biasa di mana-mana saja entiti perniagaan.
8. Ejen takaful memperoleh minimum upah 25% ke atas caruman klien yang melanggan produk berasaskan pelaburan.
9. Ejen unit amanah peroleh upah 3% daripada hasil pelaburan klien. Caj jualan unit amanah adalah 6.5%, dan 3% diberi kepada ejen yang mencari klien. Begitu juga dengan upah Marketing Representative (MR) untuk Private Mandate Account (PMA).
10. Apabila disebut pelaburan, tentunya ada kenaikan nilai pelaburan seiring dengan pasaran tempatan dan dunia. Ianya tidak dijamin. Apabila dijamin, itulah scam dan tidak patuh shariah.
11. Maka ejen-ejen ini sudah pun beroleh upah masing-masing, sedangkan untung rugi pelaburan masih belum tentu.
12. Di sini pentingnya menetapkan matlamat pelaburan - sama ada jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Ianya penting untuk menjaga emosi kerana lumrah keadaan pasaran berada dalam keadaan naik dan turun.
13. Untuk komoditi emas, ianya bersifat jangka masa panjang. Lebih 10 tahun.
14. Kalau nak untung lebih cepat, jadilah ejen. Boleh belajar berniaga. Berniaga dengan menjadi ejen bukanlah sesenang yang dianggap kebanyakan orang. Cabaran tetap ada, tetapi sentiasa ada peluang untuk belajar.
Berminat menjadi ejen emas QM?
www.wasap.my/60103178170/ejen


Comments
Post a Comment