SUKAR UBAH - SUATU MENTALITI
1. Antara cabaran paling besar saya adalah untuk memperkenalkan cara baru beli emas, iaitu dengan beli emas banyak-banyak.
2. Orang kita dah biasa beli emas dengan duit lebihan. Ada lebih, baru beli. Hasilnya, grammage emas lambat nak dapat sekilo. Ya lah, beli emas sikit-sikit.
3. Walaupun dibuktikan secara matematik, dengan menggunakan past historical data dan speculative future price, orang kita masih skeptikal dengan keberkesanan cara baru beli emas ini.
4. Status patuh syariah sudah tidak menjadi isu. Sijil patuh syariah bukan hanya for show.
5. Kredibiliti syarikat pun sudah diakui oleh para banks, yang pastinya membuat due diligence yang ketat sebelum ini, walaupun ada pihak yang cuba memusnahkan reputasi syarikat dengan tohmahan yang pelbagai, hari ke hari.
6. Pada saya, inilah cabarannya. Cabaran menukar cara fikir orang kita untuk membeli secara pukal pula, dan bukan lagi secara sikit-sikit.
7. Tentulah mengambil masa yang bukan sekejap. Dulu pun orang tak biasa membayar dengan kod QR, sekarang ini jarang benar tunai berada di tangan. Semuanya melalui lensa kamera fon. Semuanya dengan proses.
8. Buat rakan-rakan, penuhkan ilmu 7 sales cycle, belajar kekuatan produk dan kemaskan cara presentation. Ianya lebih baik daripada berkampung di tempat mereka yang cuba membina persepsi.
9. Walaupun mereka tidak setuju, akhirnya company akan tetap berjalan, dan urusniaga jual beli emas tetap juga berlangsung seperti biasa. Dalam market yang bearish atau sideways seperti sekarang, sentiasa wujud support dan resistance yang boleh kita ambil peluang darinya.
27-07-2022


Comments
Post a Comment