KERETA SEWA
Petang tadi lepas hantar yang sulung ke sekolah, dia mari terfikir bab tambah aset dengan bisnes kereta sewa.
Masa kerja dulu selalu buat costing untuk construction, yang ni kita cubalah guna GCA dan komoditi emas.
1. Cerita duit keluar
Nak beli Myvi AV 1.5, dalam RM60,000.
Loan dengan rate 3.5% setahun selama 7 tahun, jadi sebulan repayment adalah RM890.
Monthly cost :
1. Loan Repayment - RM890
2. Maintenance cost & insurance etc; say 25% - RM222.50
Total monthly = RM1,112.50
Maintenance cost kalau RM222.50, maknanya setahun RM2,670.
Minus insurance; say RM1,500 so baki maintenance RM1,170.
Say cost servis setiap kali masuk Perodua RM250, so masuk servis center dalam 4 kali setahun. Ada baki RM170 for contingency dan buat basuh kereta.
4 kali so lebih kurang kereta berjalan 40,000km setahun. About time untuk tukar tayar masa tahun kedua, yang boleh diambil dari penjimatan NCD Insurance renewal.
Katakan semua kos ni nak di back up dulu dengan emas dan guna GCA untuk cover semua overhead, maka kena beli emas sebanyak RM1,308.
Harga emas sekarang RM275/g. Katakan sepanjang 5 tahun ni, harga emas naik 5% setiap tahun, maka harga emas median adalah RM318/g. Saja ambil titik tengah.
Maka RM1,308/RM318 = 4.1132g.
Total grammage emas selepas 5 tahun adalah 246.79245g.
.
.
2. Cerita duit masuk.
Kadar sewa Myvi 1.5 2022 AV, katakan RM120 sehari pada rate hari ini.
Katakan rate kereta sewa baik RM8 setahun, maka pada tahun ketiga, rate adalah RM144 sehari.
Katakan juga kereta bekerja 18 hari sebulan, maka collection RM2,592.
Tolak RM1,308 maka nett income adalah RM1,284 sebulan dari sebuah Myvi.
Saya tak ambil kira kos pekerja sebab saya nak fokus pada kereta sahaja.
.
.
3. Cerita tahun ke5, kereta nak dijual. Dah berjalan 200,000km dah pun.
A. Market resale value; say RM25,000.
B. Minus baki loan ; (RM21,300)
C. Nilai emas; say RM351/g, jadi 246.79245g x RM351; RM86,624.15
D. Minus financing GCA ; (RM66,750)
E. Minus fee; (RM7,008.75)
Total nilai aset = RM16,565.40.
Kalau tak back up dulu dengan emas, nilai kereta cuma RM3,700 lepas tolak baki loan.
Aset RM16k tadi boleh guna untuk keluarkan 2 buah lagi Myvi baru.
.
.
Selepas saya habis kira ni, aiskrim chocotop McD saya pun habis.
*Saya assume rate kereta 3.5% yang saya rasa mungkin tinggi dah.
*Saya assume full loan, tak ada down-payment
• Saya assume harga emas naik 5% saja setahun secara compounding, which translated into 27% simple price appreciation untuk 5 tahun. Sebagai perbandingan, harga emas naik sebanyak 53% daripada 2016 hingga 2020 (5 tahun). Kalau saya assume sama, lagi banyak nilai emas selepas tahun ke5.
• Saya assume harga resale value Myvi 40% daripada nilai semasa masih baru; ie RM25,000.


Comments
Post a Comment