KENAPA SAYA SUKA GOLD CONVERT ACCOUNT (GCA)?
GCA adalah salah satu produk yang QM sediakan untuk kita tukar semua perbelanjaan kita kepada emas dahulu dan dalam masa yang sama, masih boleh berbelanja. Perlu difahami bahawa GCA ini kita buat secara konsisten setiap bulan dengan tujuan kewangan jangka masa panjang.
1. Harga emas mengambil masa untuk naik. Jadi tujuan simpanan emas kita perlulah untuk jangka masa panjang, sekitar 10 tahun dan ke atas.
2. Matlamat apa yang sesuai? Untuk saya, saya nak selesaikan hutang pembiayaan rumah yang panjang selama 35 tahun itu dengan lebih cepat. Saya percaya GCA adalah antara tools sesuai untuk tujuan ini. Tak larat nak bayar sampai 35 tahun!
3. Bila kita beli emas, kita sudah rugi beberapa peratus kerana semua penjual emas menjual emas dengan spread/keuntungan. Di QM, bila kita beli emas, kita sudah rugi 7% KALAU kita jual emas yang sama kepada QM dalam hari yang sama. Jadi, jangan jual sekarang, tapi kita jual lagi 10 tahun dan ke atas.
4. Bila kita beli emas RM1,000 dengan andaian harga emas RM250/g, kita sudah mampu ada 4g. Dengan GCA, kita serahkan 4g milik kita tadi itu kepada QM dan ia akan berada di dalam holding inventory. QM kemudiannya akan membiayai RM850 (85%) daripada modal asal kita untuk beli emas tadi itu, untuk kegunaan perbelanjaan kita. Jadi kita masih ada 4g di salah holding inventory dan RM850 untuk berbelanja.
5. Kita buat secara konsisten setiap bulan, dan selama setahun, kita dah ada 48g tanpa kita sedar pun. Kita cuma perlu berjimat RM150 yang kita gunakan untuk pegang emas 4g tadi.
6. Saya banyak kali buat kiraan, sama ada menggunakan harga emas lama ataupun buat harga emas hari ini dan spekulasi harga emas 10 tahun mendatang, beli emas sikit-sikit RM150 sebulan kurang menguntungkan berbanding beli emas banyak-banyak dengan GCA, sekurang-kurangnya 2 kali ganda lebih menguntungkan. Boleh rujuk posting saya yang lepas. Jadi lagi 10,15 tahun, kita jual semua emas dalam holding inventory dan keuntungan kita masih sekurangnya 2 kali lebih banyak berbanding beli sikit-sikit guna cara lama.
7. Berapa minimum nak ada untuk buat GCA ni? RM150 pun dah Okey, dah boleh dapat setengah gram, dan boleh dapat semula RM127.50 untuk belanja. Best kan?
8. Owh ada fee yang QM kenakan ke atas pembiayaan yang kita dapat tadi tu, iaitu 3.5% setahun, yang hanya perlu kita bayar apabila kita nak jual, iaitu lagi 10,15 tahun. Jadi tak leiar dari poket kita pun, tetapi dibayar dari kenaikan harga emas. Harga emas memang menaik untuk jangka masa panjang.
9. Buat begini, abang kakak jaga pun mampu buat. Jadi setiap orang boleh beli emas sebenarnya. Tak perlu tunggu kaya.
10. Buka akaun emas percuma di sini ya. Senang nak buat GCA.
rebrand.ly/qmaccount
Comments
Post a Comment